Popular Posts

Friday 20 May 2011

Resepi Sate Ikan Kelate / Look Chin Ping (Bahasa Siam)




Bahan-bahan:
isi ikan (dari 4 ekor ikan yg ada isi yg lembut n tak pejal)
4 sudu besar tepung sagu (saya guna tepung ubi)
1/2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
ais hancur
air ais

cara nak masak:
1. tumbuk lumat isi ikan
2. campurkan tepung, garam, lada sulah, baking powder dan gaul sebati
3. masukkan ais hancur dan uli lagi (kejap je)-ni nak bagi texture mcm span
4. bulat2 kan n rebus dalam air panas sampai timbul
5. angkat dan masuk dlm air ais
6. bakar n hidang (nak goreng dulu pun buleh)

Monday 18 April 2011

BERBAKTI KPD ORANG TUA LEBIH BAIK DARI 2 JUTA TAHUN IBADAT



Anas bin Malik R.A telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW lapan soalan, sebagaimana berikut iaitu:

1. "Ya Rasulullah SAW yang manakah lebih engkau suka yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat?"

Sabda Rasulullah SAW:"Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat  100 rakaat."

2.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
     
 Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai dari sembanhyang sunat 1,000 rakaat."

 3.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
       
 Sabda Rasulullah SAW :" Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang sunat 2,000 rakaat."

4.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai meninggalkan ghibah atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

 Sabda Rasulullah SAW :"Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat."

5.   "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau sembahyang sunat 10,000 rakaat?"
         
Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari sembahyang sunat 30,000 rakaat."

6.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak isteri di rumah atau di masjid?"
         
 Sabda Rasulullah SAW :"Duduk sesaat bersama anak dan isteri lebih aku sukai dari i'tikaf dalam masjidku ini."

7.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?"
         
Sabda Rasulullah SAW : "Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku sukai dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah."

8.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?"

 Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta   tahun."

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullagh SAW bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua semua umat Rasulullah SAW.

Panglima7
Kisah dan Tauladan

Friday 15 April 2011

Kelebihan hari dalam Islam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari “googling around the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman

Peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…

Hari Isnin
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa..


Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (di laut merah)..
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..


Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…

Hari Jumaat


1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra


Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..


1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh…


Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.


InsyaAllah moga sama-sama dapat ambil iktibar yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua, dan yang buruk itu dari hambaNya yang daif ini…


Thanx:
Read more: http://nelayan-lautdalam.blogspot.com/2011/04/kelebihan-hari-mengikut-sejarah-islam.html#ixzz1JerVeacB

Mari bertemu Rasulullah saw


Mimpi Bertemu Rasulullah SAW - Habib Umar
Demi kecintaan kepada Rasulullah saw, di bawah ini dipanjangkan petikan daripada pondokhabib untuk dikongsi bersama….

Semoga bermanfaat, insya Allah….

Sabda Rasulullah saw:

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
‘Siapa yang melihatku dalam mimpi,maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’
~Riwayat Imam Bukhari :Hadis Sohih.

Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami. Bila dengar saja, berguguran airmata…terasa ‘Ya Allah,bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’

Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.

Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri maseh melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.

Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…

Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???

Siapa??

Insan yang paling istimewa di sisi Allah.

Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:

Ada salah seorang dari masyayikh (guru) kami, setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah.Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung… kemudian pada malamnya,beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari. Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah saw datang dalam mimpinya dan menegur: ’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’

Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…

Kita akan dapati bahawa ada diantara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar. Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja… mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah saw agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah saw.

Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:

Cerita (1):

Kira2 dalam 20 tahun yang lalu, kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.

Jadi kami pun bertanya kepadanya…

‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’

Lelaki itu pun berkata:

‘Sudah 3 hari, aku tidak lihat Rasulullah saw.’

Kemudian ditanya semula…

‘Jadi, engkau hari2 mimpi Rasulullah saw?!’

Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah saw hadir dalam mimpi aku. Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah, aku menambahnya hingga 15,000 kali.’.

Ya Allah… Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari??? Lalainya aku dalam mengingatinya…

Amat menyedihkan lagi…

Bila disebut Rasulullah saw, sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat. Kedekutnya KITA! Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.

Cerita(2):

Pada suatu hari, seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air. Ke sana ke mari untuk mendapatkan air, tetap tidak berjaya. Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan. Kemudian, pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya… ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).

Tanya si Ayah: ’wahai anakku, apa yang engkau buat ini?’

Si anak berkata: ’Aku ternampak seolah-olah di depanku bekas air yang besar, jadi aku meminumnya.’

Kata si Ayah: ’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah saw (sama ada secara mimpi/yaqozoh).’

Kesimpulan:

Kalau kita mahu mimpi Rasulullah saw …maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah saw sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air, tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.

Cerita (3):

Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar), Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:
‘Setiap minggu tak lihat (samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah saw? Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah sw setiap minggu? !Pelik!’

Ya Allah… jauhnya kami dari Rasulullah saw…

Tadi, Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:

Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali. Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah saw secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).

Allah…

Pada beberapa hari yang lalu pula…

Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .
Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah saw …jadi,setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum? ’(Bagaimana keadaan Rasulullah saw hari ini).

Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:

‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullahsaw hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah saw.’

Tanya diri…

‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah saw yang engkau telah baca???’

Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah saw…

Perhatian!!!

Cerita2 ini bukan rekaan semata. Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal, kita menolak terus dan menginkarinya. Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita. DIA Maha Berkuasa. Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh? !Ingat, KITA hanya HAMBANYA!!! Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.
Ya Allah, dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami, kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami di dunia ini…

dipetik dari
http://warisansunankalijaga.blogspot.com/2010/07/mimpi-bertemu-rasulullah-saw-habib-umar.html

Kasihnya Muaz Bin Jabal r.a Kepada Rasulullah SAW.


Assalamualaikum Wbr...
Maqam Muaz Bin Jabal r.a.  Imam Segala Ulama di Hari Kiamat kelak.

Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri.

Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Panglima7